|
Selamat Datang ke Teknik Sepang |
|
|
|
Sejarah pembinaan sekolah ini bermula pada tahun 2000 dan siap pada tahun 2004. Penyerahan daripada pihak pemaju kepada sekolah pada Februari 2005. Asian Development Bank (ADB) telah membiayai pembinaan sekolah ini dengan kos sebanyak RM 42 juta. Terletak di lokasi luar bandar iaitu di Kampung Desa Putra, Dengkil dalam daerah Sepang. Kedudukannya berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan bandar MSC Cyberjaya. Sekolah ini merupakan sekolah teknik yang ke- 90 buah daripada 91 SMT di seluruh negara. Reka bentuk bangunan sekolah agak unik dan menarik berbanding reka dengan SMT lain. ’Caretaker’ ketika itu ialah En Nordin bin Mahmud dan dibantu oleh En Mohamad Salleh bin Jamaluddin, En Md Yusof bin Ahmad, En Azhar bin Sulaiman dan Pn Nazliyaton bt Shaari
- Untuk tahun 2012, pengambilan adalah seramai 800 orang pelajar dengan kapasiti 15 kelas tingkatan 5 dan 16 kelas tingkatan 4.
- Sekolah mempunyai kapasiti untuk 1260 orang pelajar (16 kelas tingkatan 4 dan 18 kelas tingkatan 5).
- Asrama mempunyai kapasiti untuk menempatkan 504 pelajar lelaki dan 336 pelajar perempuan.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEPANG, 43800 DENGKIL, SEPANG SELANGOR. NO.TEL: 03-89255255/NO.FAKS:03-89255244 "KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA KE SEKOLAH KAMI" |
|